INFO


Punyalah banyak tuala wanita yang ada di pasaran. Setiap JENAMA di datang dari pelbagai jenis dan saiz untuk dipilih.

Kalau nak ditafsirkan dengan lebih tepat mungkin lebih panjang lagi, namun untuk secara umumnya cukup lah kita tahu apa aktiviti yang kita ingin lakukan seperti bersukan contohnya berbanding dengan aktiviti yang duduk sahaja. Sudah pasti jenis dan bentuk tuala wanita akan lain sikit.

Juga yang dimaksudkan dengan ‘keadaan yang dialami’ adalah lebih kepada kadar aliran darah haid anda sama ada di peringkat yang banyak atau sudah pun berkurangan.

Di samping itu, kita perlu kaji bahan pembuatan produk itu sendiri, kerana sekarang ni sudah banyak yang tolong sebarkan yang tuala wanita yang hasil daripada kitar semula kertas akan mengakibatkan kanser serviks bagi wanita. Dan bahan yang terbaik adalah daripada unsur kapas, yang bukan sahaja lebih bersih dari bahan kimia yang tercemar malah penyerapannya adalah lebih baik.

Untuk lebih mudah anda fahami dalam membuat penialaian yang lebih baik, berikut merupakan situasi yang mungkin mempengaruhi pemilihan tuala wanita anda.
  • Period yang bermula di peringkat awal
  • Period yang bermula di peringkat akhir
  • Tuala wanita yang sesuai semasa tidur
  • Tuala wanita yang sesuai semasa membuat aktiviti seperti bersukan
  • Saiz, bentuk badan dan aliran period anda.
  • kekuatan tahap serapan yang baik
Jenis Jenis Tuala Wanita Yang Bagus

3 faktor utama :
✔Kadar penyerapan
✔Length dan Flow / Saiz
✔Jenis Material yang digunakan
✔Dan untuk penerangannya pula kami rangkumkan sekali apa yang dimaksudkan dengan Slim, Maxi dan Overnight tadi.

Kadar Penyerapan
Faktor ini lebih kepada ketebalan tuala wanita itu sendiri yang ada dalam 3 peringkat. Ketebalan berperingkat bergantung kepada aliran darah individu. Namun ada juga yang menggunakan ketebalan slim kerana ia lebih selesa. Bergantung kepada individu.
  • Use Day
  • OverNight
  • PantyLiner
Seperti apa yang anda lihat di atas, tuala wanita mempunyai pelbagai jenis kategori, setiap kategori pula dipengaruhi dengan kondisi si pemakai, begitu juga dengan saiz dan paras si pemakai.

Bila Masa Untuk Tukar Tuala Wanita?

Tuala wanita juga seeloknya ditukar setiap 4 jam sekali. Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada kadar buangan anda. 4 jam ini dikira sebagai indicator kalau kira-kira untuk bakteria mula bersifat aktif.

Sukar untuk kita ketahui bagaimana pembuatan tuala wanita itu dibuat dengan terperinci, kerana takut takut ia ada menggunakan material recyle yang mengikut catatan Sinar Harian, ia akan membuatkan penyakit kanser serviks akan berlaku.